Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan Kl Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Tiket tren tambahan itu akan mula dijual pada Isnin ini (9 Jan) bagi perjalanan pada 19 hingga 24 Jan depan.